bristlecone
pine
Bristlecone pine adalah pokok paling tua di dunia , yang
di antaranya telah berusia 5,000 tahun . Ia menyamai usia Piramid di Mesir .
olea laurifolia
Kayu terkeras dan terberat datangnya dari pokok kayu besi
hitam (olea laurifolia) yang tumbuh di Afrika Selatan . Satu meter padu kayu ini beratnya
hampir 1.5 tan dan ia tidak boleh terapung .
beech
Jumlah karbon dioksida yang disedut oleh sebatang pokok
bergantung kepada permukaan daun , kadar fotosintesis , cuaca dan suhu
persekitaran . Secara purata , sebatang
pokok bic
(beech) berusia 100 tahun mampu menyedut 2.3 kilogram karbon dioksida
setiap satu jam .
welwitschia
Welwitschia adalah tumbuhan padang pasir yang mempunyai
dua helai daun sahaja . Proses tumbesarannya mengambil masa lebih kurang
100 tahun untuk mencapai saiz sebenar iaitu 3 meter panjang .
victoria amazonica sowerby
Pokok telepok gergasi adalah spesis Victoria
Amazonica Sowerby yang berasal dari lembangan Amazon dan
Guiana . Daunnya berukuran dari 1-2 meter , mampu menampung dua atau tiga
kanak-kanak .
puffball
Cendawan bebola (puffball) gergasi tumbuh sebesar 30 sm
dan berupaya menghasilkan tujuh trilion (7,000,000,000,000) spora .
wolffia globosa
Tumbuhan berbunga terkecil di dunia dari spesis Wolffia
globosa , tidak mempunyai akar dan terapung di permukaan air . Ia berukuran 0.6 mm panjang
, 0.3 mm lebar dan beratnya 150 mikrogram .Jika diambil 5,000 tumbuhan
ini ia boleh dimuatkan dalam satu jidal .

semoga terhiburrr..
see you again ...
|