bismilah.gif (1714 bytes)                                                                        

Rainbar.gif (15138 bytes)

     bluebut1.gif (11264 bytes)  fakta sains  bluebut1.gif (11264 bytes)               

 

 

human beings

kelahiran

Kira-kira 65% kelahiran bayi tidak pada hari yang dijangkakan oleh para       pengamal perubatan.Kelahiran biasanya lebih awal dari yang dijangka atau sebaliknya. 

 

kediaman

Tahap tertinggi di mana manusia boleh mendirikan kediaman tetap ialah pada 4,875 meter seperti di kawasan pergunungan Andes,Bolivia.Terdapat ramai penduduknya yang tinggal di kawasan lebih tinggi berpindah semula keranatidak boleh memperoleh anak.

 

kebakaran

Kebakaran besar telah berlaku apabila Reaktor 4 di stesyen kuasa nuklear Chernobyl meletup pada April 1986.Bahangnya mencapai hingga ke 2,700 darjah Celcius yang menukarkan air pancutan ahli bomba kepada wap beradioaktif.Kebakaran hanya dapat dihentikan dengan mencurahkan 5,000 tan campuran pasir,tanah liat,plumbum dan boron menggunakan helikopter.

 

mata

Lazimnya, setiap 6 saat mata akan berkelip untuk 1/6 saat. Ini bermakna mata tertutup selama 2 minit bagi tiap 1 jam akibat kelipan dan dalam setahun mata anda melakukan sebanyak 8 juta kelipan dan tertutup selama 170 jam semasa jaga.

 

pengukur suhu fahrenheit

Gabriel Daniel Fahrenheit (1686-1736) ahli fizik berbangsa Jerman telah     mencipta pengukur suhu fahrenheit yang menggunakan alkohol pada 1709.Beliau kemudiannya menggunakan merkuri dalam termometer untuk bacaan suhu lebih tepat pada 1714.

 

bencana alam

Dalam setahun,Amerika Syarikat mengalami 10,000 kes ribut petir, 5,000 kes banjir,1000 puting beliung dan beberapa ribut taufan.Tahun 1974 mencatatkan 148 kes puting beliung yang membunuh 309 orang dan 5,000 kecederaan hanya dalam masa 24 jam.

 

angkasawan termuda

Berusia 25 tahun 329 hari,Gherman Stepanovich Titov merupakan angkasawan termuda menjadi juruterbang kapal angkasa(Vostok II).Kapal angkasa ini dilancarkan pada 6 Ogos1961 dan mengelilingi bumi sebanyak 17 kali, mengambil masa selama 25 jam 18 minit.

 

shoe_047.gif (15262 bytes)

            backclr.gif (1976 bytes)         nextclr.gif (1975 bytes)