welcome again to know more about fakta sains... |
macam-macam penyakit!
Penyakit malaria merupakan wabak yang serius dalam abad ke-20.Sejumlah 1.5-1.7 juta mati akibat penyakit ini setiap tahun dan hampir satu juta kanak-kanak bawah umur lima tahun menjadi mangsanya. Lebih 90% daripada jumlah kematian adalah di Negara Afrika.
Dianggarkan terdapat 450,000 penduduk dunia menghidapi kecederaan tulang belakang yang mana 250,000 daripadanya menetap di Amerika Syarikat.Statistik menunjukkan lebih daripada 10,000 kes baru setiap tahun.
Asbestosis adalah sejenis penyakit yang tersembunyi dan berbahaya yang menyerang pelombong lombong galian berserat seperti asbestos.Penyakit ini menjejaskan paru-paru,menjadikan susah bernafas.Di Britain,lebih 3,500 kes baru direkodkan setiap tahun.
Penyakit leukemia telah banyak membunuh kanak-kanak berbanding penyakit lain di Amerika Syarikat.Pada 1977,sebanyak 96,000 orang Amerika mengalami penyakit tersebut atau yang berkaitan dengan penyakit darah dan 54,000 pesakit telah meninggal dunia.
Berbanding dengan lelaki,75% penghidap penyakit migrain adalah wanita.70% daripada mereka mempunyai latar belakang keluarga yang menghidap penyakit yang sama.
Penyakit strok merupakan pembunuh nombor tiga di dunia.Di Amerika Syarikat,penyakit ini telah membunuh 150,000 orang setiap tahun daripada 500,000 orang penghidap.
Penyakit kusta sering diibaratkan sebagai 'neraka dunia' kerana kesannya yang amat mengerikan pada tubuh manusia.Pada awal tahun 1997, jumlah penghidap kusta di seluruh dunia lebih kurang 890,000 dan 570,000 kes baru dikesan sepanjang tahun 1996.
Louis Braille (1809-1852) telah membangunkan sistem tulisan dan percetakan timbul bagi orang buta pada 1924.Huruf -huruf Braille ini terdiri daripada kod 1-6 titik yang digabungkan untuk menjadikan 63 huruf.Sistem ini diperakui secara rasmi 2 tahun selepas kematiannya. |