ball.gif (1653 bytes)ball.gif (1653 bytes)ball.gif (1653 bytes)ball.gif (1653 bytes)ball.gif (1653 bytes)

  dan banyak lagi !

ball.gif (914 bytes)ball.gif (914 bytes)ball.gif (914 bytes)

           Heart.gif (2161 bytes)  about animals.. Heart.gif (2161 bytes)    

 

CheckMark.gif (668 bytes)okapi

Okapi, haiwan misteri dari spesis zirafah hanya terdapat di utara dan timur laut Republik Congo. Ia mempunyai lidah yang panjang berwarna hitam, kulitnya dilitupi tanduk-tanduk dan   mempunyai gigi taring yang kuat. 

CheckMark.gif (1267 bytes)pygmy marmoset

Pygmy Marmoset merupakan spesis monyet terkecil di dunia, berekor panjang terdapat di Amerika Selatan. Biasanya berukuran 10-14 sm. Tempoh hamil bagi monyet ini ialah 145 hari dan lazimnya ia melahirkan anak kembar.

CheckMark.gif (1267 bytes)ungka

Ungka mempunyai tangan yang panjang iaitu sama panjang dengan ukuran dari bahu ke kaki. Ia mengembara di dalam hutan dengan melompat sejauh 10 meter dari dahan ke dahan. Biasanya hidup sebagai satu keluarga, ibu, bapa dan empat anak. Setiap pagi keluarga ungka ini akan menyanyi bersama dengan bunyi yang kuat.

CheckMark.gif (1267 bytes)harimau

Pendengaran harimau adalah di antara 0.2-0.6 kHz berbanding dengan manusia 0.02 sahaja. Penglihatannya pula, pada waktu siang adalah sama seperti manusia, tetapi pada waktu malam ia berupaya melihat enam kali lebih baik daripada manusia.

CheckMark.gif (1267 bytes)tuatara

Seekor tuatara (sejenis reptilia) mengambil masa 20 tahun untuk mencapai tahap dewasa. Panjangnya hanya 60 sm dan mempunyai jangka hayat lebih 100 tahun.

CheckMark.gif (1267 bytes)ruppell's griffon vulture

Ruppell's griffon vulture merupakan burung yang terbang paling tinggi iaitu di paras 11,300 m . Spesis seberat 10 paun ini biasa dilihat pada ketinggian 6000 m, bersaiz 86 sm dan mempunyai sayap sepanjang 213 sm.

CheckMark.gif (1267 bytes)katak

Katak terbesar yang pernah ditangkap adalah dari spesis Goliath seberat 3.3 kg. Badannya berukuran 31 sm panjang manakala kaki belakangnya pula 43 sm menjadikan keseluruhan ukuran panjangnya ialah 74 sm. Oleh kerana terlalu berat spesis ini tidak boleh melompat      dengan baik.

CheckMark.gif (1267 bytes)paus

Paus kelasa humpback whale jantan merupakan paus yang pandai menyanyi dan sering melakukannya semasa mengawan. Lazimnya mempunyai 6 tema asas yang berulang dan mencapai 120-140 desibel (berbanding 100 desibel bunyi enjin jet) yang boleh dikesan dari jarak sejauh 3 km.

CheckMark.gif (1267 bytes)electrophorus electricus

Electrophorus electricus, belut elektrik dari Amerika Selatan mempunyai kuasa elektrik 650 voltan iaitu 2 kali ganda kuasa belut elektrik biasa (250 voltan) sehingga berupaya membunuh seekor kuda.

CheckMark.gif (1267 bytes)cacing reben

Cacing reben Eropah (lineus longissimus) boleh membesar sehingga 30 meter panjang. Semasa ketiadaan makanan, cacing ini masih boleh meneruskan hidupnya dengan memakan sehingga 95% daripada badannya sendiri.

CheckMark.gif (1267 bytes)serangga

Serangga Cochineal merupakan sumber terbaik pewarna merah semulajadi. Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat membenarkan penggunaannya bagi industri makanan dan kosmetik. Kebanyakan gincu bibir dan minuman menggunakan pati ini.

CheckMark.gif (1267 bytes)bakteria

Escherichia Coli (E-Coli 0157:H7), sejenis bakteria yang terdapat dalam daging dan susu lembu. Ia boleh menyebabkan sindrom Hemolytic Uremic dan radang usus besar. Kira-kira 200 dalam 20,000 orang mati disebabkan bakteria ini setiap tahun.

   CheckMark.gif (1267 bytes)virus

Virus Ebola yang dibawa oleh cimpanzi di Afrika dan dijangkiti oleh manusia , mula dikesan  pada 1976 di Zaire. 80% daripada mangsanya mati setelah mengalami demam dan pendarahan dalaman.

CheckMark.gif (1267 bytes)kuda laut

Terdapat 35 spesis kuda laut atau hipokampus berukuran antara 2.5 sm hingga 35 sm     Makanan utamanya ialah udang dan jangka hayatnya lebih kurang satu tahun. Kuda laut betina boleh bertelur sehingga 200 biji dan yang jantan akan membawa telur-telur itu hingga menetas.

 

 

shoe_047.gif (15262 bytes)

 

                    backclr.gif (6135 bytes) nextclr.gif (1975 bytes)               

flurline.gif (1468 bytes)